Wednesday, December 30, 2009

antara BIMBANG dan TAKUT?...

Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga di hari pertemuan denganNya.1. Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.
2. Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan. Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.3. Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.4. Terdapa pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.
Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan. Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam dengan maksud,“Dan akhirat itu lebih baik dan kekal.
Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan di akhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan dengan kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.

alamak.. sorry SHIHA..

UPZZ...
my dear shiha.. so soory sbb tak sebut nama jojo..
i luv my jojo so much.. mlm2 die tdo ngn aku dah skrg..aku dah pakaikan die baju tshirt lain..tshirt SWAT lg.. hehehe.. nntla aku upload picture jojo kat cni ek.. wait for the new post..

satu ketensenan..~~

pagi ni mase aku kua umah.. dgn hati yg sebal.. sbb kene marah dgn abah,dia pakse pulak g umah angah... tensen jek.. org nak new year kat kl..die nk ajak new year kat kuantan pulak.. arghhhhh!

Wednesday, December 2, 2009

best birthday ever...

semalam udah pon genap umo aku 24th..best yg tak terhingga sebab birthday tu diingati ramai pihak..terima kasih semua.. terima kasih family.. terima kasih cinta..all the gift,prayers and everything.. thank you so much!

walaupon takde upacara potong2 kek semalam tp sempatla celebrate kat secret recipe semalam ngn kak aida (ofismate)..kitrg mkn kek classic cheese+oreo cheese+apple kasturi+lemon tea+tomyam noodles.. s00000 simpLe tapi best sgt2.. thanks....

Tuesday, November 17, 2009

sempena NAMANYE...

blog ni name die leatherwoman..mesti org akan tertanya kenape??..
hahaha... itu sempena emel seseorang yg jauh di sudut hati aku.. leatherman..
biarpon leatherman itu akan menjadi milik org lain tp die tetap menjadi pujaan hatiku STOPPPP!!!..(bak kate sudin lam cite bujang lapok tuh..) ngeh ngeh..

blog?

salam..

maafla kepada blog aku nie.. baru je nak buat.. sebelom umo aku dah melanjut ke 24 tahun ni..harap2 blog ni dpt membantu aku meluahkan ape je yg aku nak.. thanks to u my blog..